Thursday, October 21, 2010

jalak emas berkokok


berderai-derai bersorak sorai
menghamun pak kaduk
memaki saudagar mimpi

berdehem lantang berpidato
jalak emas serak menjerit
bersorak melambai ibu ibu yang bergelang emas
berjurai mutiara di luar purdah
dengan tawa dan senyum sinis

sengih si bandot masih macam dulu..
pasti ada habuan ku nanti
duit rakyat duit ku jua
biar jalak emas dengan rancangannya
asal pulus untuk cicit tak berkurangan..

berkokok biar kedengaran
tak perlu mengembek
kerana bunga segar berwarna merah samar juga sering menjeling
bunga bunga juga ingin menjadi datin muda..
biar rakyat lapar .. asal kami kenyang