Sunday, September 17, 2017

... cerita syurga dan syahid...


terjumpa hasil karya Lily Moha yang dirasakan layak dipamerkan dalam blog ini walau tanpa kebenarannya


kau tahu kawan,
21 orang anak ke syurga itu adalah anak kita.
7 orang itu juga adalah anak kita.
Kitalah, kita,
Kita yang belum apa-apa sudah menjadi hakim,
Kita yang belum apa-apa menunding jari melepaskan diri,
Kita yang belum apa-apa sudah sibuk menjatuhkan hukum.
Kitalah, kita,
Yang mendengar perkataan "mengejek" pun sudah sibuk mengeluarkan teori,
Seolahnya kita turut di sana,
Mendengar setiap patah kata.
Kitalah, kita,
Yang sudah gagal mengeja sabar,
Belum apa-apa sudah menuturkan tinta,
Budaya mengecam walau pada nasihat,
Budaya menularkan berita walaupun belum sahih,
Budaya membesar-besarkan cerita walau hanya isu kecil.
Budaya yang mahu tunjuk akulah yang betul, akulah yang benar, akulah yang bijak.
Kau tahu kawan,
Saat 23 keluarga menghantar kecintaan mereka ke syurga,
Ada 7 keluarga lain sedang terkejut,
Entah apakah perasaan ini?
Dari semalam cuba menghadam,
Sejauh ini mereka kefikiran.
Siapa ibu bapanya?
Generasi kitalah,
Usia kita,
Yang bergelut dengan bejatnya dunia,
Guru tidak boleh mendidik,
Jiran tidak boleh menegur,
Sedang kita tahu,
It takes a nation to raise a kid.
Hari ini,
Tariklah nafas dalam-dalam,
Berkuatlah kita semua,
Hanya ada tiga hari saja dalam kehidupan.
Hari semalam yang telah kita tinggalkan,
Hari ini yang esoknya kita tentukan,
Dan esok yang kita doakan supaya baik-baik sahaja.
Semoga kita belajar dari semalam untuk hari ini berusaha melengkapkan generasi esok.
Ummi Lily,
Aku hidup dalam zaman edan