Sunday, August 2, 2009

bunga dan warna

published : 9 ogos 06

anggrek kembang berbau harum

berwarna unggu sedap dimata
diseri segar dedaun yang hijau
rerama hinggap mesti dihalau

lagak mu bunga bukan di pinta,
cantik mu sayang bukan di solek,
puji mu bunga bukan dipaksa,
hadir mu sayang bukan dipinta
putih mu bunga tidak berdosa,
mengamit kumbang datang bertandang,
bukan kerana ego mu sayang,
hanya menjadi lumrah alam

unik mu sayang tiada duanya,
menjadi ilham para pujangga,
dinyanyi orang memuja-muja,
menjadi siulan tua dan muda

hadir mu cuma hanya seketika,
untuk sidara kiranya sudi,
hadiah teruna menaggih janji,
menjadi saksi cinta sejati

sekuntum bunga menjadi saksi,
kesetian dan sayang yang dikorbankan,
menjadi ikatan sesama insan,
menyeri hidup agar berkekalan

tiada harum yang kau berikan,
cuma yang hadir setangkai cuma,
indahmu juga pada sederhana,
untuk insan yang menilainya

jingga pula menjadi tanda,
hasrat hati ingin bersama,
beraninya ia untuk bersama,
menempuh cerita suka dan duka

hasrat cinta ku,
hasrat cinta mu,
subur mekar cinta kita,
bak bunga-bunga

No comments:

Post a Comment